Dua ahli perniagaan ditahan susulan kes ugutan jenayah di Pasir Puteh

PASIR PUTEH 20 Nov Dua ahli perniagaan telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes ugutan jenayah melibatkan seorang kontraktor di sini pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata kedua-dua lelaki itu ditahan semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

Beliau menjelaskan penahanan itu susulan laporan yang dibuat oleh seorang kontraktor berusia 32 tahun yang mendakwa dirinya telah diugut.

“Siastan awal mendapati insiden ini dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati berkaitan perkara kerja,” katanya.

Zaizul berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 39 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12617

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *