Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang didakwa menandatangani Akuan Bersumpah atau SD bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

Kegagalan bertindak dibimbangi memberi isyarat negatif terhadap keutuhan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional atau PN.Tindakan ini menyusul selepas PAS terlebih dahulu melucutkan keahlian tiga ADUN mereka yang turut terlibat dalam kemelut politik yang sama.

PAS menegaskan bahawa langkah disiplin amat diperlukan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri Perlis yang kini dikuasai oleh gabungan tersebut dengan majoriti besar.Lima wakil rakyat Bersatu yang dikaitkan dengan isu ini melibatkan kawasan Kuala Perlis Titi Tinggi Pauh Tambun Tulang dan Sena.

Fokus kini terarah kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk menentukan langkah seterusnya bagi mengelakkan perpecahan lebih besar dalam gabungan PN.Sumber: Sinar HarianGambar: Free Malaysia Today

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17qR5JT5H1/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *