Kampung Hakuba di wilayah Nagano, Jepun akan mengenakan denda sehingga 50,000 yen (RM1,300) bagi kesalahan mengganggu ketenteraman seperti membuat bising pada waktu tengah malam dan menconteng grafiti.

Langkah ini diambil bagi memelihara keselesaan penduduk dan pelancong susulan peningkatan kunjungan ke kawasan tersebut.Pindaan peraturan ini telah diluluskan oleh majlis kampung dan dijadualkan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Julai 2026.

Sebelum ini, peraturan adab sedia ada hanya bersifat larangan tanpa melibatkan sebarang penalti denda.Sumber: Sinar HarianGambar: JapanExperience

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Agy3USz1z/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *