Isteri mangsa didakwa membenarkan suspek masuk ke dalam rumah sebelum membantu memegang kaki mangsa sementara rakannya itu menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga sesak nafas.Siasatan polis mendedahkan bahawa wanita tersebut kerap bertanya mengenai wang simpanan serta caruman insurans mangsa kira kira seminggu sebelum kejadian berlaku.
Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melawan dan melepaskan diri manakala kedua dua suspek ditangkap tidak lama selepas laporan polis dibuat oleh mangsa yang terselamat.Kedua dua suspek bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan cubaan membunuh.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana tindakan kejam yang bermotifkan harta dan kepentingan peribadi tersebut.
Sumber: Berita Harian

Leave a Reply