Malah trend terkini menunjukkan satu daripada empat kanak kanak prasekolah sudah memiliki telefon pintar sendiri sekali gus membuktikan pendedahan gajet kini bermula pada tahap umur yang terlalu awal.Penggunaan gajet dikesan melonjak sehingga 6.2 jam sehari pada musim cuti sekolah iaitu jauh melebihi had dua jam yang disarankan oleh pakar perubatan antarabangsa.
Situasi ini bukan sahaja menjejaskan tahap aktiviti fizikal harian malah menyebabkan kanak kanak lebih cenderung memilih aktiviti pasif di rumah berbanding bermain secara aktif di luar bersama rakan sebaya.Ibu bapa digesa memantau penggunaan peranti digital kerana pendedahan keterlaluan sejak usia bayi lapan bulan boleh memberikan kesan buruk terhadap perkembangan menyeluruh anak anak.
Perubahan gaya hidup selepas pandemik tidak seharusnya menjadi alasan untuk membiarkan gajet menggantikan rutin harian yang lebih sihat demi masa depan generasi muda yang lebih seimbang.Sumber: Berita Harian

Leave a Reply