JOHOR BAHRU 5 Jan – Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui tergantung di sebuah jejantas bersebelahan sekolah di Taman Damansara Alif, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai warga tempatan itu ditemukan kira-kira jam 8.54 pagi.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, penemuan mayat berkenaan tular di media sosial sebelum perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.
Susulan laporan diterima, polis telah menjalankan tindakan menurunkan mayat di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Raub memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13482

Leave a Reply