Seorang pengurus jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan termasuk melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis serta menghina agama Islam dalam kejadian yang tular di media sosial hujung tahun lalu.
Tertuduh, Teoh Siew Li, 35, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.
Kejadian dipercayai berlaku di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah. Tiada info tarikh kejadian. #trendingnewsmalaysia #fyp #marahpolis #ludah #polis
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah ke arah Lans Koperal Jelnazir Helman dengan niat menghalang penjawat awam itu menjalankan tugas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan anggota polis berkenaan dengan menunjukkan isyarat jari tengah, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
🔗 Source: https://thereporter.my/pengurus-jualan-didakwa-ludah-polis-hina-agama-islam/

Leave a Reply