Imam Masjid Al Aqsa Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi menzahirkan penghargaan tinggi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin.

Penghargaan tersebut disampaikan secara peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan yang turut membincangkan masa hadapan Al Quds.Dalam pertemuan tersebut Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menyokong usaha pembebasan Masjid Al Aqsa daripada keganasan rejim zionis.

Beliau turut berkongsi pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh Malaysia bagi membantu rakyat Palestin baik di Gaza mahupun di Al Quds.Sokongan padu Malaysia melalui doa dan bantuan kemanusiaan diiktiraf sebagai sumbangan bermakna buat saudara seagama di sana.

Pertemuan yang dihadiri Menteri Hal Ehwal Agama itu memperkukuh hubungan ukhuwah serta semangat solidariti rakyat Malaysia dalam menentang penindasan terhadap Palestin.Sumber: BernamaGambar: FB Anwar Ibrahim

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BeAczTCzi/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *