‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengeluarkan kenyataan penuh emosi, menyentuh kemungkinan untuk mengundur diri daripada jawatan kepimpinan parti.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa segala usaha dan sumbangan yang dilakukan adalah dengan sehabis baik, namun mungkin kelemahan datang daripada dirinya sendiri.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri

“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, InsyaAllah waktunya akan sampai jua,” kata Dr. Muhamad Akmal.

Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik semasa dan cadangan penghidupan semula Muafakat Nasional (MN).

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang, termasuk menghidupkan semula MN. Beliau menggunakan perumpamaan bahawa ia seperti ‘dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama’.

“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu, dan kita belum memuktamadkannya lagi. Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu ‘dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama’,” kata Ahmad Zahid.

Cadangan Dr. Muhamad Akmal untuk menghidupkan semula MN turut disambut baik oleh Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyifatkan cadangan itu sebagai kunci kepada kebangkitan semula perpaduan ummah di negara ini.

🔗 Source: https://thereporter.my/mungkin-sudah-tiba-masanya-untuk-mengundur-diri-akmal-saleh/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *