Lonjakan harga tembaga mencecah RM42 sekilogram telah mencetuskan peningkatan mendadak kes kecurian kabel dan vandalisme infrastruktur awam.

Aktiviti ini kebanyakannya didorong oleh pengutip logam haram dan warga asing yang bergerak tanpa premis tetap sekali gus menyukarkan tindakan penguatkuasaan serta menjejaskan imej pengusaha kitar semula berlesen.Datuk Seri RS Arumugham menyarankan agar transaksi tunai bagi pembelian logam terpakai dilarang dan mewajibkan pengenalan diri penjual untuk mengesan rantaian barang curi.

Beliau turut menegaskan bahawa pengusaha berlesen dilarang keras membeli aset kerajaan seperti kabel utiliti atau penutup longkang yang merupakan satu kesalahan jenayah besar.Penduduk sekitar Lembah Klang turut mengadu tentang kehadiran pengutip haram yang semakin berani mengambil barangan logam tanpa kebenaran di kawasan perumahan.

Pihak berkuasa digesa memperketatkan kawalan bagi melindungi aset awam daripada terus menjadi sasaran pencuri yang mahu mengaut keuntungan mudah daripada kenaikan harga logam tersebut.Sumber: MediaSelangor

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16L4qomGMw/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *