Seorang pempengaruh warga China dikenali sebagai Umi ditemui dalam keadaan menyedihkan sebagai gelandangan di Kemboja selepas dipercayai ditipu oleh kekasihnya sendiri.

Wanita yang sering mempamerkan gaya hidup mewah itu dilaporkan hilang selama 26 hari sebelum dijumpai di tepi jalan dengan kecederaan kaki serta keadaan mental yang tidak teratur.Umi mendakwa dia diumpan ke negara tersebut dengan janji pekerjaan bergaji lumayan serta kehidupan makmur oleh teman lelakinya.

Walaupun telah diberi amaran oleh peminat mengenai risiko keselamatan di sana pempengaruh itu tetap nekad untuk berhijrah demi membina masa depan bersama kekasihnya sebelum akhirnya terputus hubungan dengan keluarga di China.Pihak Kedutaan China berjaya mengesan Umi di sebuah hospital dan kini sedang menguruskan rawatan segera serta proses penghantaran pulang ke tanah air.

Gambar terkini Umi yang kelihatan tidak terurus telah tular di media sosial sekali gus mengejutkan orang ramai yang tidak menyangka nasib malang menimpa ikon glamor tersebut.

Sumber: The Nation Gambar: WOB

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AFpEqVN81/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *