Proses mediasi antara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, gagal mencapai sebarang persetujuan selepas hampir sejam perbincangan.

Susulan kegagalan itu, kes saman fitnah yang difailkan pada 2024 akan dibicarakan pada 12 dan 13 Februari di Mahkamah Tinggi Melaka.

Kok menuntut ganti rugi RM25 juta berhubung kenyataan berkaitan isu pensijilan halal yang dimuat naik di media sosial.Dalam saman tersebut, Kok mendakwa kenyataan Akmal antaranya merujuk beliau sebagai “nyonya tua”, selain membayangkannya sebagai seorang yang rasis, tidak menghormati Islam, tidak memahami isu pensijilan halal, tidak sensitif serta mengancam keamanan dan keharmonian negara.

Sumber: MalaysiaKini

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Cn6sfoy2c/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *