Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun dari wilayah Jilin, China, kini sedang hamil enam bulan menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Keputusan nekad ini diambil hanya beberapa bulan selepas dia kehilangan anak lelaki tunggalnya pada Januari 2025 demi mengubat duka dan kerinduan yang mendalam.Walaupun wanita itu kelihatan ceria dan tenang menghadapi fasa kehamilan, pakar perubatan menyuarakan kebimbangan serius berikutan risiko komplikasi kesihatan yang sangat tinggi bagi ibu seusianya.

Disebabkan faktor umur, dia memerlukan pemantauan rapi dan kemungkinan besar perlu menjalani pembedahan caesarean (czer), namun semangatnya tetap kental kerana percaya bayi yang dikandungnya itu adalah “pengganti” kepada arwah anaknya.Sumber: South China Morning Post

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1729ua4NSC/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *