Nisbah doktor gigi di Malaysia kini berada pada tahap seorang pengamal bagi setiap 2,326 penduduk, yang menjadi punca utama kesukaran mendapatkan slot temu janji di klinik kerajaan, terutamanya di kawasan padat seperti Lembah Klang.

KKM menjelaskan bahawa permintaan tinggi ini dipacu oleh kos sara hidup yang meningkat, menyebabkan lebih ramai penduduk beralih kepada perkhidmatan kerajaan yang jauh lebih murah berbanding klinik swasta.Meskipun terdapat dakwaan tempoh menunggu mencecah setahun, KKM menegaskan slot temu janji hanya dibuka untuk tempoh minimum 60 hari dan kes kecemasan masih diterima secara walk-in.

Bagi mencapai sasaran nisbah 1:1,500 menjelang 2030, tumpuan kini diberikan kepada penambahan tenaga pakar serta pengagihan doktor yang seimbang antara sektor awam dan swasta bagi mengurangkan beban rakyat marhaen.Sumber: Utusan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DAXrYfKjX/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *