Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berjaya dalam rayuannya selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azimah Omar sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Segambut itu berhubung kenyataan yang dibuat Musa dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA pada 2020.

Mahkamah turut mengarahkan Musa membayar ganti rugi RM250,000 serta kos RM60,000 kepada Hannah.Saman itu difailkan susulan dakwaan Hannah bahawa Musa menuduh beliau menulis buku Becoming Hannah dengan agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, mempunyai hubungan dengan mubaligh Kristian dan Yahudi, serta mengutamakan kepentingan peribadi berbanding negara, yang didakwa bersifat fitnah dan menjejaskan reputasinya.Sumber: Harian MetroGambar: The Edge Malaysia / Utusan Online

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17h7BWrbPe/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *