Amaran itu hadir ketika Iran berdepan gelombang protes anti-kerajaan yang kini memasuki minggu ketiga, dengan lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ribuan ditahan dalam tindakan keras pihak berkuasa, selain gangguan internet yang menyukarkan aliran maklumat.Ketegangan semakin meningkat apabila Trump memberi isyarat kesediaan AS menyokong penunjuk perasaan yang ditekan, manakala Israel dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi kemungkinan tindak balas.Sumber: Agensi
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa pangkalan tentera AS dan Israel akan menjadi “sasaran sah” sekiranya Washington melancarkan serangan ke atas Iran.

Leave a Reply