Penempatan tersebut bukan sahaja dilengkapi kemudahan surau dan bilik selesa hasil penyambungan elektrik dan air secara haram, malah mempunyai sistem “tuan rumah” sendiri yang mengutip sewa bulanan sehingga RM350 bagi setiap bilik.Serbuan pada awal pagi itu menyaksikan suasana kecoh apabila penghuni cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung dan bersembunyi di ruang sempit.
Seramai 71 individu, majoritinya warga Indonesia, ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Walaupun koloni itu dianggap “kebal” oleh penghuninya kerana tidak pernah diserbu sebelum ini, risikan selama seminggu oleh pihak berkuasa akhirnya berjaya menamatkan kemewahan haram mereka.Sumber: Harian MetroGambar: Sinar Harian

Leave a Reply