Detik penuh emosi menyelubungi Dewan Merdeka apabila Khairy Jamaluddin kembali menjejakkan kaki ke pentas Perhimpunan Agung UMNO buat kali pertama sejak dipecat pada Januari 2023.

Kehadirannya mencuri perhatian perwakilan ketika ucapan dasar disampaikan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengalu-alukan KJ sebagai simbol bahawa Umno kekal menjadi ‘rumah’ buat bekas pemimpin.

Beliau turut menyentuh jiwa besar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dengan perwakilan menyambut ucapan itu dengan sorakan gemuruh.KJ dilihat bangun dengan wajah sebak, mengangkat tangan sebagai tanda penghormatan.

Akmal mengimbas dinamika dalaman parti yang pernah berbeza pandangan, namun menegaskan Umno kekal sebuah keluarga yang setia pada perjuangan.Sumber: Free Malaysia TodayGambar: NSTP/Asyraf Hamzah

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1L2gTikUpb/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *