Keputusan sama ada UMNO akan bergerak solo atau sebaliknya hanya akan diketahui menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang berbaki kira-kira 22 bulan lagi.

Buat masa ini, parti itu masih belum memuktamadkan hala tuju dan strategi politiknya.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Said berkata, keutamaan UMNO ketika ini adalah memastikan pembentukan kerajaan yang stabil serta selari dengan Perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan, manakala strategi parti tidak boleh didedahkan lebih awal.Dalam masa sama, beliau mengingatkan golongan muda di Terengganu agar menilai prestasi kerajaan negeri secara matang dan rasional, bukan semata-mata dipengaruhi sentimen atau maklumat di media sosial.Sumber: UtusanGambar: Mohammad Sollehin

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1C2sx8dL2G/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *