Ab Rauf sahkan PRN Melaka diadakan tahun ini

KUALA LUMPUR 16 Jan – Proses demokrasi di Melaka dijangka memasuki fasa baharu tahun ini apabila penggal pentadbiran Kerajaan Negeri menghampiri penghujungnya, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengesahkan PRN Melaka akan diadakan pada tahun ini.

Beliau berkata, penggal pentadbiran Kerajaan Melaka sedia ada dijadualkan berakhir pada tahun ini, dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN.

“Memandangkan penggal pentadbiran Kerajaan Melaka berakhir tahun ini, PRN akan diadakan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi.

PRN Melaka yang terakhir sebelum ini diadakan pada 20 November 2021.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13607

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *