Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan beliau akan bertemu Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hala tuju politik susulan kenyataan lantang selepas peletakan jawatan Exco Melaka.

Antara perkara utama yang ingin ditanya ialah pihak yang mahu “diserang” oleh Akmal.Zahid berkata peletakan jawatan itu adalah keputusan peribadi Akmal dan dihormati selepas dibincangkan bersama Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Beliau melihat langkah itu mungkin memberi ruang kepada Akmal untuk menggerakkan jentera Pemuda UMNO di peringkat akar umbi.Pagi tadi, Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Melaka namun kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO, dengan menyatakan mahu memberi tumpuan menentang DAP.Sumber: MalaysiaKiniGambar: FB Zahid Hamidi

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/174YYi8TM5/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *