Pembatalan ini dibuat selepas penganjur mendakwa menerima pelbagai bentuk ancaman, termasuk ugutan bunuh dan keganasan melalui media sosial, selain tindakan pemilik lokasi yang membatalkan tempahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Sebelum ini, program tersebut menerima tentangan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk bantahan keras daripada Sultan Selangor serta amaran daripada Menteri Besar Selangor dan JAKIM kerana dikaitkan dengan budaya LGBT yang dianggap bertentangan dengan nilai negeri.
Walau bagaimanapun, penganjur menegaskan bahawa program tertutup itu sebenarnya bersifat pendidikan kesihatan awam berkaitan HIV dan kesal dengan kegagalan pihak berkuasa dalam melindungi golongan minoriti daripada ancaman keganasan.
Sumber: Astro Awani, Jejakaorg

Leave a Reply