Pelakon Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan sejak Khamis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Rakan artisnya, Anne Abdullah, memaklumkan Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya sebaik tiba di Jeddah untuk memaklumkan dia selamat.

Namun, Nadia dilaporkan tidak menaiki penerbangan seterusnya ke London seperti dijadualkan, selain tidak membuat daftar masuk ke penerbangan berkenaan.Menurut Anne, mesej terakhir Nadia kepada suaminya berbunyi “I met stranger” sebelum terus terputus hubungan.

Telefon bimbitnya masih dikesan berada di Jeddah, manakala panggilan dan mesej tidak dijawab sehingga kini.

Beberapa kenalan di sana turut dihubungi bagi membantu usaha mengesan pelakon berkenaan.Sumber: mStar, Awani

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/182iD5AjTD/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *