Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menyelamatkan dua wanita warga Indonesia yang menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam dua serbuan berasingan di Kapar dan Bukit Jelutong, Selangor, baru-baru ini.

Operasi tersebut bertujuan menumpaskan sindiket ejen pembantu rumah tidak berdaftar yang dikesan memperdaya mangsa dengan bebanan hutang serta mengenakan bayaran tinggi kepada majikan, mencecah sehingga RM14,000.Siasatan mendapati mangsa bukan sahaja dipaksa bekerja melampaui waktu, malah dokumen perjalanan dan telefon bimbit mereka dirampas oleh sindiket bagi memutuskan hubungan dengan dunia luar.

Salah seorang mangsa dilaporkan mengalami trauma akibat penderaan fizikal dan mental serta kawalan pergerakan yang ketat.

Susulan itu, dua wanita warga tempatan telah ditahan, dan kes kini disiasat di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.Sumber: Berita Harian

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1GtXR2yksE/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *