Nilai mata wang Indonesia, rupiah mencatatkan kejatuhan ketara berbanding dolar AS pada sesi dagangan Selasa lalu, susut 0.

21 peratus kepada Rp16,860, sekali gus menjadi paras terendah sejak April tahun lalu dan hampir menyamai rekod terendah sejarah.Pakar ekonomi menjelaskan kelemahan ini didorong aliran keluar dana asing, khususnya daripada pasaran bon kerajaan, selain pengukuhan dolar AS susulan ketegangan geopolitik global dan ketidaktentuan pasaran kewangan dunia.

Namun tekanan itu masih dianggap terkawal dan pihak berkuasa monetari mempunyai ruang mencukupi untuk bertindak menstabilkan rupiah.Dalam masa sama, kebimbangan terhadap defisit akaun semasa akibat peningkatan kos import tenaga serta lonjakan harga minyak dunia terus menekan sentimen pelabur, dengan jangkaan rupiah berpotensi mencecah sekitar Rp16,900 dalam tempoh terdekat jika tekanan berterusan.Sumber: IntradayGambar: Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16cm3aQhR2/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *