Wanita dicabul dalam tren di Stesen LRT Kerinchi

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa cabul ketika berada di dalam tren di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kerinchi, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika pengadu berada di dalam tren berkenaan.

Menurut beliau, mangsa mendakwa telah dicabul pada bahagian punggung oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Ketika kejadian, keadaan dalam tren agak sesak dengan penumpang dan pengadu tidak dapat mengecam suspek kerana lelaki terbabit memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/17/wanita-dicabul-dalam-tren-di-stesen-lrt-kerinchi/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *