Menurut penjelasan perubatan oleh Dr.
Shazwanie Azeera, fenomena ini sebenarnya normal kerana kelenjar peluh kanak-kanak mula berfungsi aktif untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas atau waktu bermain di sekolah.Bau tersebut terhasil apabila peluh (yang asalnya tidak berbau) diuraikan oleh bakteria pada kulit, terutamanya melalui kelenjar Apocrine di kawasan pelipat dan kelenjar Eccrine di seluruh badan.
Bagi mengatasi masalah bau “syahdu” ini, ibu bapa disarankan memastikan anak-anak mandi dengan bersih di celah pelipat, kerap menukar pakaian, serta memilih sabun atau deodoran semula jadi yang sesuai dengan kulit sensitif mereka.
Sumber: Threads, Tiktok @wanieazeera Gambar Hiasan

Leave a Reply