Dalam Kuliah MADANI di Putrajaya, beliau menekankan bahawa reformasi sebenar mesti berteraskan keadilan, integriti, serta tatakelola yang tegas demi memulihkan imej dan kekuatan negara.Beliau turut memperkenalkan falsafah “menggapai langit, mengakar di bumi” sebagai kompas pembangunan Malaysia.
Walaupun negara kini menjadi hab teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), Anwar mengingatkan bahawa kemajuan ekonomi tidak boleh mengorbankan identiti, budaya, dan nilai moral.
Generasi muda juga digesa untuk mengintegrasikan kecemerlangan ilmu dengan kekuatan etika bagi menjamin masa depan negara yang lebih seimbang dan mampan.Sumber: BernamaGambar: FB Anwar Ibrahim

Leave a Reply