Walaupun pemain, jurulatih, dan ahli keluarga diberikan pengecualian visa, penyokong dari negara terbabit tetap tertakluk di bawah sekatan perjalanan yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Situasi ini amat kritikal bagi penyokong Haiti dan Iran kerana semua perlawanan peringkat kumpulan mereka dijadualkan berlangsung di AS.
Sebaliknya, penyokong Senegal dan Ivory Coast masih berpeluang menyaksikan pasukan mereka bagi perlawanan yang berlangsung di Kanada (Toronto) kerana tiada sekatan perjalanan dikenakan di sana.
Rumah Putih menegaskan bahawa sekatan ini hanya akan ditarik balik sekiranya negara-negara berkenaan menunjukkan penambahbaikan dalam kerjasama keselamatan dan perkongsian maklumat imigresen dengan pihak AS.
Sumber: Harian Metro, BBC

Leave a Reply