Menurut Necla, dia hanya mengetahui statusnya sebagai anak angkat pada tahun 2017 selepas ibu angkatnya, Sati Ozmen, mendakwa bahawa seorang wanita warga Amerika bernama Sophia telah menyerahkannya ketika bayi selepas melahirkan hasil hubungan sulit dengan Trump.Walau bagaimanapun, Mahkamah Keluarga Ankara telah menolak permohonan paterniti Necla pada September 2025 kerana kekurangan bukti konkrit dan hanya bersandarkan kepada “khabar angin”.
Necla yang tidak berputus asa kini telah memfailkan rayuan serta menghantar petisyen ke Kedutaan AS dan mahkamah di Washington dengan harapan Trump bersetuju untuk menjalani ujian DNA bagi membuktikan kebenaran tersebut.Sumber: Sinar Harian, Turkiye Today

Leave a Reply