Seorang bapa berusia 31 tahun di Wilayah Ibaraki, Jepun, telah ditahan semalam (14 Januari) berhubung kematian anak lelakinya berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam mesin basuh pada April tahun lalu.

Suspek, Yuki Yamaguchi, didakwa mengabaikan tanggungjawab perlindungan selepas membiarkan anaknya, Aoi, berada di dalam mesin tersebut selama kira-kira 20 minit tanpa memberikan bantuan, yang akhirnya menyebabkan mangsa maut akibat sesak nafas.Siasatan polis mendedahkan bahawa suspek hanya membuat panggilan kecemasan selepas menyedari anaknya sudah tidak bernafas.

Yamaguchi dilaporkan mengaku meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan, dan kes ini kini diklasifikasikan sebagai pengabaian yang membawa maut.

Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14REMfd4AFq/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *