PETALING JAYA – “Jelas menghina Islam dan mempermainkan hukum agama dengan nyata.”
Hantaran pengguna Threads @Erymerah, memaparkan sekumpulan wanita melakukan program senaman aerobik di atas pentas ketika siaran langsung TikTok.
Dua orang wanita dilihat berpakaian baju kurung sekolah bersama seluar ketat manakala seorang lagi wanita berpakaian sama dipercayai memakai seluar pendek sahaja.
“Minta Jabatan Agama Islam Selangor tolong siasat program senaman aerobik di Bukit Badong. Bertudung dan seluar pendek,” katanya.
Dalam hantaran sama, beberapa pengguna TikTok turut mengecam tindakan dua wanita tersebut yang seolah-olah mempersendakan ajaran agama.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial turut berang dengan tindakan berkenaan sekali gus mengecam wanita tersebut.
“Inilah punca teguran secara lembut tak akan pernah membantu membentuk karakter seseorang. Tapi orang-orang macam ini tegur lembut-lembut pun tak berubah,” komen @Zgmfx20.
“Janganlah buat yang bukan-bukan. Elok tanggal tudung dari buat benda tak berfikir panjang macam ini. Memalukan,” komen @Encik_pazil.
“Semakin menjadi-jadi perbuatan mencabar dan menghina agama Islam,” komen @Zhnylia_. –KOSMO! ONLINE
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/18/senaman-berbaju-kurung-tanpa-kain-undang-kemarahan/

Leave a Reply