PETALING JAYA – “Orang lain 70 tahun baru pencen, saya umur 38 dah pencen.”
Demikian perkongsian pelakon, Fatiya Latiff seolah-olah menggambarkan kehidupan yang dilaluinya pada masa ini.
“Saya rasa saya dah ‘settle down’ (bina kehidupan tenang) awal,” tulisnya dalam hantaran di Threads.
Hantaran dibuat pelakon drama bersiri Bencinta itu meraih pelbagai komen positif ramai yang tumpang gembira dengan transisi tersebut.
“Kita sebaya. Tapi umur saya 38 tahun baru nak bermula. Doakan saya dapat kumpul RM50,000 dalam masa tiga bulan. Terima kasih,” tulis seorang netizen.
“Jadi, silalah nikmati ketenangan hidup anda sekarang,” kata pemilik akaun Threads lain.
Sebelum ini, Fatiya mengakui semakin kurang mendapat tawaran berlakon, namun masih mempunyai wang simpanan untuk menampung kehidupan.
Biarpun jarang muncul di televisyen, ramai peminat mengikuti perkembangannya yang kerap berkongsi hantaran dalam media sosial.
Tidak kurang juga kata-kata semangat serta permintaan penggemar yang ingin melihatnya lebih kerap muncul dalam drama.
Fatiya mula dikenali sekitar 2009 menerusi drama rantaian berjudul Nur Kasih sebelum mengukuhkan nama sebagai teraju utama dalam drama Hani disusuli Mahabbah, Seruling Cinta, Laila Asyikin dan Ariana Rose. – KOSMO! ONLINE
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/orang-lain-70-tahun-saya-umur-38-dah-pencen-fatiya-latiff/

Leave a Reply