Lubang benam dikesan di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas, lorong ditutup enam hari

GEORGETOWN 20 Jan – Lorong sisi di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas ditutup sementara selama enam hari bermula semalam susulan penemuan lubang benam yang menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan, penutupan itu akan berkuat kuasa sehingga 25 Januari ini bagi membolehkan kerja-kerja siasatan dan pembaikan dijalankan.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya di kawasan terbabit diminta memberikan kerjasama sepanjang penutupan jalan ini dan berhati-hati memandu, merancang perjalanan serta mematuhi arahan pihak berwajib,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata lubang benam berkenaan dikesan kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Lubang benam itu membabitkan panjang dua meter (m) dengan lebar 2m juga dan kedalaman kira-kira 1.7m.

“Setakat ini, jalan utama tidak terjejas dan cuma membabitkan penutupan lorong sisi.

“Pihak berkenaan telah mengambil tindakan awalan dengan memasang pengadang plastik untuk menutup jalan di kedua-dua arah, dan tindakan pengorekan lubang benam diambil bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13666

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *