Cuaca buruk, laluan sukar paksa pasukan SAR gantung mayat mangsa nahas ATR 42-500

MAKASSAR 20 Jan – Laluan pendakian yang mencabar, cuaca buruk serta ancaman haiwan liar memaksa pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggantung mayat mangsa nahas pesawat ringan ATR 42-500 pada pokok di lereng Gunung Bulusaraung, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan.

Sehingga Isnin, pasukan SAR berjaya menemukan dua jasad mangsa yang terjatuh di dalam jurang yang agak dalam di kawasan pergunungan berkenaan.

Anggota Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), Ade Irfan berkata, proses pemindahan kedua-dua mayat itu amat mencabar berikutan keadaan muka bumi yang curam serta akses yang terhad.

“Proses pemindahan kedua-dua mayat itu sememangnya mencabar,” katanya pada Selasa.

Menurut beliau, keadaan jasad mangsa dianggarkan sekitar 70 peratus masih utuh, namun terdapat beberapa anggota tubuh yang mengalami patah dan luka akibat impak nahas.

Tambahnya, pasukan SAR terpaksa berundur semula ke pos kawalan induk berikutan cuaca ekstrem yang menjejaskan jarak penglihatan.

“Kabut tebal, hujan lebat serta angin kencang pada hari keempat operasi menyebabkan usaha pencarian lapan lagi mayat mangsa penumpang terpaksa ditangguhkan,” jelasnya.

Operasi SAR dijangka disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca dan tahap keselamatan pasukan di lokasi kejadian.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13684

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *