Pi Mai Pi Mai Tang Tu versi Hollywood tular

Suatu ketika dahulu, sitkom komedi bersiri seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu menjadi rancangan yang sentiasa dinantikan penonton di rumah. Lawak bersahaja yang disampaikan barisan pelakonnya bukan sahaja mencuit hati, malah dialog-dialognya terasa dekat dan ‘hidup’ dalam jiwa penonton.

Sitkom yang merupakan cetusan idea Prof Dr Hatta Azad Khan itu mengangkat kisah kehidupan seharian penduduk Flat Seri Wangi dengan gaya santai namun sarat mesej.

Deretan watak ikonik yang mewarnai sitkom berkenaan seperti Imuda, Mak Ngah lakonan Khatijah Tan, Angeline Tan, Sabri Yunus, Zami Ismail serta ramai lagi sentiasa berjaya menceriakan suasana dan meninggalkan kesan mendalam kepada peminat.

Walaupun zaman terus berubah, Pi Mai Pi Mai Tang Tu kekal malar segar dalam ingatan penonton dan masih disebut-sebut hingga ke hari ini.

Terbaharu, satu video tular hasil kreativiti dua lelaki yang mengolah semula sitkom berkenaan ke versi Hollywood berjaya mencuri perhatian ramai. Idea unik itu menyaksikan watak-watak ikonik sitkom tersebut ‘dihidupkan’ semula dengan sentuhan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kalau siri TV klasik Malaysia di-Hollywood-kan The Office. The Good Doctor. Ugly Betty. Semua siri TV ni adalah adaptasi dari versi asal negara lain; UK, Korea, Colombia. A collaboration AI project dengan @Rizal Halim (Bluupeel Studios). Lepas beberapa hari berbincang sambil ketawa berdekah-dekah, menangis sebab Nano Banana degil tak ikut prompt, pastu ketawa balik bila Kling Motion Control menjadik…terhasil lah… Pi Mai Pi Mai Tang Tu: Brooklyn Tools: Freepik, Higgsfield, Gemini (Nano Banana Pro), Kling (2.5, Motion Control), Suno, AE, Capcut Enjoy! #GenerativeAI #klingAI #pimaipimaitangtu #higgsfield #suno

Menariknya, bukan pelakon biasa yang diketengahkan, sebaliknya nama-nama besar Hollywood ‘dibawa masuk’ ke dalam dunia Pi Mai Pi Mai Tang Tu, termasuk Angelina Jolie yang digambarkan sebagai watak Mak Ngah.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji kreativiti dua individu berkenaan walaupun video tersebut dijana menggunakan AI, malah ramai mengakui ia membangkitkan nostalgia terhadap sitkom legenda itu.

Video berkenaan turut menarik perhatian pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi.

“Tengok kebijaksanaan AI membawa pelakon Hollywood untuk berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” katanya.

🔗 Source: https://thereporter.my/pi-mai-pi-mai-tang-tu-versi-hollywood-tular/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *