Jumlah kemalangan maut melibatkan kenderaan berat menunjukkan penurunan menggalakkan apabila direkodkan 163 kes pada tahun lalu, berbanding 260 kes pada 2024, menurut data awal Polis Diraja Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata statistik itu merangkumi kes melibatkan lori, treler dan kenderaan barangan berat, tanpa mengambil kira sama ada kenderaan terbabit menjadi punca utama kemalangan atau sebaliknya, sekali gus memberi gambaran awal keberkesanan langkah penguatkuasaan keselamatan.Sumber: Harian Metro

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AW7akk9CB/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *