Secara dasarnya, bapa kandung (biologi) tidak wajib memberi nafkah kepada anak tak sah taraf dari sudut hukum Syarak dan undang-undang.

Hal ini kerana anak tersebut tidak dinasabkan (bin/binti) kepada lelaki tersebut, sekaligus memutuskan kewajipan nafkah dan hak pewarisan.Tanggungjawab nafkah ini terletak sepenuhnya di bahu ibu kandung.

Undang-undang memperuntukkan bahawa jika ibu cuai dalam menyara anak tersebut, mahkamah boleh memerintahkan ibu untuk memberi elaun bulanan yang munasabah.

Namun, terdapat pengecualian bagi anak yang dilahirkan akibat dirogol, di mana bapa biologi boleh dipertanggungjawabkan jika dibuktikan dengan sewajarnya.Sumber: Threads @ peguamsyarienaimGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DRd2SXv4g/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *