Pempengaruh Caprice menerusi siri Munafik Hunter mendedahkan dakwaan penderaan kanak-kanak autisme di sebuah taska yang terletak di Shah Alam.

Berdasarkan rakaman video daripada seorang bekas pelatih, kanak-kanak tersebut didakwa dibogelkan dan dikurung di dalam stor, manakala rakaman lain menunjukkan bayi dibiarkan menangis teresak-esak sambil dipaksa minum susu.Caprice telah mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa termasuk PDRM dan kementerian berkaitan bagi menuntut siasatan segera.

Pelatih yang merakam kejadian tersebut dilaporkan telah berhenti kerana tidak sanggup melihat kekejaman itu berlaku di depan mata.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.Sumber: Malaysia GazetteGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FZZTvuEi2/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *