Isteri bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 dua tahun lalu.

Salwani yang juga isteri ketiga kepada bekas PTD mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut.

Kesemua tuduhan berkaitan penerimaan wang yang dimasukkan ke akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik syarikat Wany Venture antara November 2024 hingga November 2025.

Jika disabitkan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah hasil haram atau RM5 juta.Sumber: Berita HarianGambar: Berita Harian

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1KRJvLwFmK/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *