Kenyataan Ahli Parlimen Puncak Borneo di Dewan Rakyat yang menyebut komuniti pemakan babi “tidak ramai yang mengambil rasuah dan dadah” terus mencetuskan reaksi susulan daripada pelbagai pihak.
Mengulas kenyataan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim, menegaskan rasuah adalah masalah besar negara dan tidak wajar dikaitkan dengan pemakanan atau latar belakang kaum.
Menurut Azman, rasuah bukan masalah mana-mana bangsa dan tidak ada kaitan dengan apa yang dimakan oleh seseorang. Katanya, membawa naratif “kami makan babi tapi kami tak makan rasuah” hanya mengalihkan tumpuan daripada realiti sebenar rasuah yang melibatkan semua kaum.
Beliau menjelaskan, rasuah berlaku merentas bangsa, dengan perbezaan corak bergantung kepada peranan dan penguasaan sektor tertentu dalam sistem pentadbiran dan ekonomi, bukannya faktor budaya atau pemakanan.
🔗 Source: https://thereporter.my/jangan-kaitkan-isu-babi-dengan-rasuah/

Leave a Reply