Seorang penuntut IPT berusia 24 tahun di Kuala Terengganu kerugian RM59,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan (phone scam).

Taktik bermula apabila mangsa dihubungi individu yang menyamar sebagai pihak Cybersecurity dan mendakwa mangsa terlibat dalam penyebaran pautan palsu serta pengubahan wang haram.Mangsa yang ketakutan telah didorong untuk “mengosongkan” akaun bank miliknya bagi tujuan siasatan dan memindahkan wang tersebut ke akaun sementara yang diberikan sindiket.

Malah, mangsa turut diperdaya untuk “melaporkan diri” secara harian kepada sindiket tersebut.

Penuntut itu hanya menyedari dirinya ditipu setelah pihak terbabit gagal dihubungi dan wang simpanannya lesap.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ByddmMhKh/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *