Kakitangan Taman-Taman Sabah menemui seekor anak penyu hijau (Chelonia mydas) berkepala dua di Pulau Bakkungan Kecil, Sandakan pada 17 Januari 2026.

Fenomena yang dikenali sebagai ‘bicephaly’ ini berlaku akibat pembahagian embrio yang tidak sempurna semasa proses pengeraman.Anak penyu sepanjang lapan sentimeter itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan lemah semasa kerja penggalian sarang rutin dilakukan.

Disebabkan keadaannya yang unik dan berisiko tinggi, ia tidak dilepaskan ke laut tetapi ditempatkan di bawah jagaan sementara.

Malangnya, anak penyu tersebut dilaporkan mati keesokan harinya.

Spesimen unik ini kini diawet untuk tujuan penyelidikan saintifik masa hadapan.Sumber: Berita Harian

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1C9ZKJTYPZ/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *