Kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, Papa Roach, bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi siri jelajah Rise of the Roach pada 29 Mac 2026 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Pengumuman itu mencuri perhatian peminat tempatan yang sudah lama menantikan kehadiran band berkenaan ke negara ini.Konsert ini menandakan penampilan pertama Papa Roach di pentas Malaysia, sekali gus menjadi detik bersejarah buat peminat muzik rock tempatan yang mengikuti perjalanan band itu sejak sekian lama.

Persembahan berkenaan dijangka menampilkan set bertenaga serta lagu-lagu ikonik yang sinonim dengan identiti Papa Roach.Tiket konsert dijadualkan mula dijual pada 28 Januari jam 12 tengah hari (GMT+8), dengan jangkaan sambutan hangat daripada peminat di seluruh negara.

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AXEF5ThBz/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *