Pemandu treler bersila atas lebuh raya dicari

KAJANG – Polis menyiasat kejadian seorang lelaki bersila atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Kilometer (KM) 290 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini,seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video itu selepas dimuat naik di Facebook pada pukul 3.55 petang semalam.

Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari, Khamis lalu. Lelaki dipercayai pemandu treler itu didapati meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan sebelum bersila di lorong pertama tanpa sebarang tujuan.

“Tindakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selain mendatangkan bahaya kepada lelaki terbabit dan pengguna jalan raya lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun menerusi 011-2111 9379. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/25/pemandu-treler-bersila-atas-lebuh-raya-dicari/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *