Tarikh RXZ Members 8.0 diumum, Mercedes-Benz CLA Class sebagai grand prize

Bagi peminat permotoran, acara tahunan RXZ Members antara program yang paling dinanti-nantikan. Walaupun berdepan dengan pelbagai isu sebelum ini, acara ini tetap menjadi tarikan utama dan simbol semangat komuniti RXZ.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Ali, akan mengumumkan tarikh rasmi acara. Seperti pengumuman sebelum ini juga, beliau tampil berbaju Melayu seakan pengumuman raya, menambahkan lagi aura meriah dan signifikan program dalam kalangan peminat.

Melalui hantaran video di media sosial, Faizal memaklumkan bahawa RXZ Members 8.0 akan berlangsung pada 1 Ogos 2026, hari Sabtu, bertempat di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak.

โ€œYang kental, pasti sampai. Luncur!โ€ katanya, menambahkan semangat keterujaan kepada semua peminat.

๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐‘๐—๐™ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐’ & ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐‘๐—๐™ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐’ ๐Ÿ–.๐ŸŽ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Raya kembali lagi ! Kemeriahan akan di rasai ! Kehangatan akan bermula ! Memori akan tercipta ! Kita bersua kembali di Hari Raya RXZ Members ! โ€œZaman boleh berubah, Tapi RXZ Members kekal di jiwaโ€ MAKLUMAN : JUALAN BARANGAN RXZ MEMBERS 8.0 2026 PADA BULAN 3/2026. SIAP SEDIA TABUNGAN DARI SEKARANG! SESUATU YANG ISTIMEWA MENANTI ANDA. . . . โ€œ๐™†๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™๐™–๐™ ๐™ช๐™ฉ, ๐™…๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉโ€ โ€œ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ฒ๐’†๐’๐’•๐’‚๐’, ๐‘ท๐’‚๐’”๐’•๐’Š ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Šโ€ โ€œ๐™๐™“๐™• ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ง๐™จ ๐™„๐™ฃ ๐™๐™๐™š ๐™€๐™ฎ๐™š๐™จ ๐™Š๐™› ๐˜ผ๐™จ๐™š๐™–๐™ฃโ€ #rxzmembersofficial #rxzmembers #rxz_members_official #rxz_members #kalautakutjanganikut

Acara kali ini menjanjikan hadiah utama yang cukup menarik, iaitu sebuah Mercedes-Benz CLA Class untuk pemenang bertuah. Selain itu, peserta juga berpeluang membawa pulang dua biji RXZ, pakej umrah, helmet, jaket, dan pelbagai hadiah menarik lain yang pasti membuatkan semua teruja.

Difahamkan, sebaik sahaja pengumuman dibuat, beberapa tempat penginapan di sekitar lokasi acara sudah mula penuh, menandakan keterujaan peminat untuk hadir.

Pada edisi sebelumnya, Himpunan RXZ Members 7.0 berjaya mengumpulkan hampir 150,000 peserta, menjadikannya himpunan paling meriah dan berjaya setakat ini. Dengan janji pengalaman lebih meriah dan hadiah yang lebih menarik, RXZ Members 8.0 dijangka akan mencatatkan penyertaan yang lebih luar biasa.

๐Ÿ”— Source: https://thereporter.my/tarikh-rxz-members-8-0-diumum-mercedes-benz-cla-class-sebagai-grand-prize/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *