Isu ini mula meletup bila ada netizen pelik kenapa pensyarah masih skeptikal dengan AI sedangkan negara kita tengah rancak menuju aspirasi Negara AI 2030.

Bagi pelajar, teknologi ni nampak macam penyelamat untuk tingkatkan produktiviti, tapi bagi warga pendidik, ada kebimbangan yang lebih mendalam.Pensyarah sebenarnya bukan anti-teknologi, cuma mereka ralat bila ada pelajar yang ambil jalan mudah dengan meniru bulat-bulat tanpa periksa fakta.

Masalah paling besar adalah bila AI bagi rujukan yang tak wujud atau buatkan pelajar malas nak berfikir secara kritikal.

Universiti sepatutnya jadi tempat asah otak untuk hasilkan ilmu baru, bukannya sekadar jadi tempat salin jawapan dari mesin.Sumber: Threads @ arif.rosGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BNcUgLYi7/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *