Penumpang lelaki di hadapannya bertindak meletakkan kaki di atas meja, iaitu pada paras yang sama dengan tempat meletak makanan dan minuman.Walaupun sudah ditegur secara sopan, lelaki itu didakwa berpura-pura tidak mendengar dan tetap tidak menurunkan kakinya.
Tindakan pengotor tersebut menyebabkan Lucy berasa jijik untuk menggunakan meja berkenaan sehingga terpaksa memegang sendiri minumannya sepanjang perjalanan.Netizen rata-ratanya mengecam sikap mementingkan diri penumpang tersebut yang dianggap tiada common sense.
Ramai menyarankan agar pengguna terus melapor kepada petugas KTM jika berlaku situasi serupa supaya tindakan tegas dapat diambil segera.Sumber: Threads @ lucyraju

Leave a Reply