Ibu dedah anak OKU terpaksa berlutut ke kantin sekolah?

Seorang murid pendidikan khas, Hanan, mencetuskan perhatian ramai selepas sebuah video memaparkan dia bergerak ke kantin sekolah dalam keadaan berlutut tular di media sosial.

Rakaman berkenaan dimuat naik oleh ibunya, Aisyah, di TikTok semalam dan pantas mengundang pelbagai reaksi netizen.

Hanan mengadu gunakan isyarat tangan katanya pergi kantin berlutut… mama pon pergi sekolah nak tengok betul atau tidak, betul lah hanan cakap.#Hanan #cerebralpalsy #dystonia #scoliosis #epilepsy

Dalam kapsyen video tersebut, Aisyah menjelaskan bahawa Hanan yang mempunyai keperluan khas akibat cerebral palsy, mengadu menggunakan isyarat tangan bahawa dia pergi ke kantin dengan berlutut walaupun reverse walker telah disediakan untuk kegunaan anaknya di sekolah.

Berasa bimbang dan tidak mahu membuat kesimpulan sendiri, Aisyah hadir ke sekolah untuk melihat keadaan sebenar. Hasil pemerhatiannya mendapati, Hanan bergerak ke kantin tanpa menggunakan reverse walker yang sepatutnya membantu pergerakan anaknya.

🔗 Source: https://thereporter.my/ibu-dedah-anak-oku-berlutut-ke-kantin-sekolah/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *