Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaan apabila kegiatan rasuah, pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti gelap masih berlarutan walaupun sudah tiga tahun kerajaan dipimpin.

Beliau mengakui berada di tahap hilang sabar apabila sebahagian kes berlaku akibat ruang dan keizinan daripada badan penguat kuasa sendiri.Susulan itu, Anwar menetapkan tempoh satu minggu untuk semua pimpinan dan anggota penguat kuasa menilai sama ada mereka mampu memikul amanah dengan tegas dan berani, atau berundur memberi laluan kepada pihak lain sekiranya amanah dirasakan terlalu berat atau godaan rasuah terlalu menggoda.Sumber: FB Anwar Ibrahim

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1798kF8z4R/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *